Monday, October 17, 2011

Isnin

Bismilahirrahmanarrahim..

Hari ini berlalu dengan suram.Cuaca cerah tapi hati aku suran.Entahlah.Sampai bila akan terus macam ni.Tapi kehidupan sehari-hari perlu diteruskan bukan?

Hari ini sibuk.Pagi kuliah selepas itu melawat pensyarah yang bersalin berdekatan dengan rumah sewa aku.Balik rumah makan tengah hari dan selepas solat Zohor ke JJ dan Ipoh Parade bersama dua orang kawan untuk membeli hadiah kepada si budak comel. Sampai sahaja di rumah aku keluar semula menaiki motor untuk mengambil si budak comel di Medan Gopeng. Secara tidak langsung, aku menjadi orang tengah. Asalkan mereka bahagia aku cuba menolong semampu yang boleh walaupun hubungan aku sendiri semakin hambar.

Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.Aku harap, beliau sihat sejahtera walau dimana saja berada. Andai takdirnya bukan berakhir dengan sesuatu yang aku impikan.Aku akur.

Dah maghrib.Semoga berjumpa lagi.Insyaallah.

No comments:

Post a Comment