Monday, September 12, 2011

Sana Sini


Assalamualaikum...

Jumaat ( 9 September 2011)
Pergi cari sekolah untuk praktikum fasa 3 tahun depan di Kampar,Perak.Semangat bebenor.Sehari suntuk. Cari rumah sewa sekali.*Ada harapan jumpa Shahir Af8.haha.

Tasik belakang ni dekat dengan UTAR, confirm rumah Shahir pun dekat area tempat kiteorang sewa.yahoooo..;-p
Sabtu (10 September 2011)
Pagi,pergi majlis pertunangan Kak Eyla. Sangat cun wooh.Tapi tidaklah majlis aku segempak macam tu nanti.hehe.*Berangan.
Petang hingga malam rumah terbuka di rumah Puan Normah dan beraya di rumah Mak Long Zura dan sepupu aku dan Wani.
Balik jer lepas mandi, solat terus pengsan.Demam mula terjah.

Semoga bahagia ke akhir hayat.Ameen


Ahad (11 September 2011)
Seharian terbaring lesu. Allahuakbar.Lemah tak bermaya.Tambah kurus kering aku.Penyataan yang hiperbola.

Isnin (12 September 2011)
 MC.Tak pergi kuliah. Dengar macam- macam hal.Semoga ALLAH melindungi muslimin dan muslimat.Semoga yang baik- baik saja berlaku.Ameen.

Jumpa lagi.Insyaallah

Thursday, September 8, 2011

Kembali Ke Sekolah

Assalamualaikum..

Cerita semalam, 7 September 2012 (Rabu)

Alhamdulillah.Selesai program Bina Insan Guru untuk kali terakhir.Rasa sedih pun ada.Sebab?Tinggal lagi setahun berada di IPG Ipoh.Insyaallah.Tidak mengapa.Semalam ke Sekolah Kebangsaan Asam Kumbang, Taiping.Lawatan penanda aras guru cemerlang Bahasa Melayu.Mendapat banyak ilmu dan berkongsi pengalaman. Semoga menjadi panduan kepada kami bakal guru satu hari nanti.Insyaallah.



Sekian

Tuesday, September 6, 2011

Assalamualaikum..

Minggu ini sibuk menyiapkan tugasan.(konon.hehe)
Perlu buat hanya 3 tugasan sahaja.
Sedikit bukan?
Moga semangat rajin menyerap dalam diri.Insyaallah
Dari pagi sampai malam berperasaan gembira bergelak ketawa.
Astagfirullahalazim.Tak patut berlebih- lebihan.
Beringat- ingat cik oiii.
Kusyukuri nikmati itu.
Memohon kepadaNYA tentang pelbagai perkara tanpa rasa jemu.
Insyaallah.Moga dunia akhiratku tenang.
Ameen.

Monday, September 5, 2011

Coklat

Assalamualaikum..


Sedondon.
Berwarna coklat.
Namun hanya nampak sekilas sahaja apabila lalu di hadapan ketika aku sedang bergebang dengan kawan- kawan.
Semoga diri ini mampu berubah.
Ya ALLAH,KAU boleh izinkan bukan andai aku berusaha?
Tolong bagi peluang itu untuk aku.
*enggak mahu jeles2 lagi*

Sekian.

Sunday, September 4, 2011

Esok

Assalamualaikum..


Esok, mula kuliah selepas seminggu cuti raya.
Esok, jumpa kawan-kawan sekelas.Yeay
Esok, mula puasa ganti.Insyaallah.
Esok, mengharapkan diri sentiasa gembira.Insyaallah.
Natijahnya, semoga aku dapat menemui hari esok.Insyaallah

Ya ALLAH,ampunilah dosa-dosaku,dosa kedua ibu bapaku dan dosa muslimin muslimat.Ameen